Disneyland 1972 Love the old s


Panduan Berpuasa

Assalamu'alaikum WR.WB
Kali ini saya akan membahas tentang lagkah langkah berpuasa pada bulan ramadhan, mungkin semua orang juga sudah mengetahuinya namun saya posting barang kali ada yang membutuhkannya. baiklah kita mulai saja dimulai dari hari pertama ramadhan:


Syarat Wajib Puasa

1). Islam
2). Mukalaf
3). Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4).Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.


Syarat Sah Puasa

1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa seperti: Hari Raya idul fitri dan hari raya idul'adha, Hari Raya Haji dan
Hari Syak (30hb Sya'ban).


Rukun Puasa

1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya
fajar sampai terbenamnya matahari.


Hal-hal yang dapat membatalkan puasa

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum
tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).


Pantang Larang Puasa

Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan nafsu shahwat.
5) Marah.

Sunah sunah puasa

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang- orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripadatengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis. 5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.


Faktor-faktor yang memperbolehkan seseorang berbuka puasa

1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qadha’.
2) Orang sakit, wajib di qadha’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qadha’
dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qadha’ dan fidyah

Do'a Niat Puasa

niat puasa

“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.


Do'a Buka puasa


buka puasa
sumber : http://reflow.scribd.com/